Monday, 25 February 2013

Air yang mengalir...

kadang-kadang hidup kita diibaratkan seperti air yang sentiasa mengalir.. terus mengikut aliran.. tanpa perlu mengubahnya. Bagaimana orang yang terdahulu melaluinya, begitulah juga kita melaluinya.. Jika kitalah orangnya yang cuba mengubah laluan air tersebut, mungkin kita dianggap melakukan kesilpan atau ada juga yang menganggap kita sebagai orang yang kreatif dan berani berubah... mampukah saya menjadi seorang insan yang berani menempuh cabarab dan halangan untuk mengubah segala yang akan berlaku terutama dalam pendidikan kita... tepuk dada tanya selera dan pendapat sendiri....

3 comments:

  1. Kehidupan tanpa air umpama elok kesudahannya berada di padang gersang. Namun jika terus membiarkan air yang mengalir tanpa mengubahnya atau membiarkannya tanpa disaliri ibarat menanam padi di bukit berbatu. lihat pak tani yang tanpa jemu terus mengikuti ke mana arah aliran air di sawahnya. Membiarkan air di dalam bedang begitu sahaja hingga tenggelam maknanya mengundang kelaparan berpanjangan dan kekeringan kepok di halaman........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 kita menjadi seperti petani yang pandai mengubah aliran air untuk membiarkan tanaman hidup subur dan seterusnya dapat memberi manfaat kepada orang lain.. alangkah bahagia dan bangganya kita jika kitalah petani yang berjaya itu...

      Delete
  2. rasanya dalam maksudnya. saya nak komen pun susah. anyway saya bukannya seperti pejaung bahasa yang pandai berkata-kata tapi hanyalah seorang penjawat awam yang hanya pandai menjalankan amanah yang diberikan. cabaran kehidupan semakin sukar dan untuk menerangi orang lain pun bukan suatu perkara yang mudah kerana kita selalu terjerumus dalam kehidupan yang banyak cabarannya. Semuga Allah selalu bersama-sama kita setiap masa agar tidak kecundang dalam dunia yang penuh kepura-puraan. Ok lah kot dah jadi macam orang bahasa pula ni.

    ReplyDelete